Perangai, masa di kolej aku sangat aktif dalam kelas. Sampai ada di kalangan kawan2 yang tidak menyenangi aku dan ada yang menuduh aku nak membodek pensyarah, logik ker? Bagi aku itu sangat2 tidak masuk akal, sebab bagi aku kalau bodek kadang kala akan memalukan diri sendiri.
Semalam masa mesyuarat terakhir aku disana, En Wan ada menegur supaya aku lebih aktif dan bercakap, agak pelik dengan teguran itu dan itu adalah teguran pertama aku terima supaya lebih aktif dan bercakap. Kalau di kolej pensyarah sampai terpaksa meminta aku untuk tidak terus bertanya soalan atau bagi pada kawan2 lain untuk menjawab soalan.
Aku pun agak pelik dengan perubahan sikap aku semasa di sana? Adakah aku tidak selesa berada di sana atau aku takut untuk menunjukkan perangai aku yang sebenar yang Happy Go Lucky, Easy Going dan kadang kala kawan2 aku ada yang menyifatkan aku tidak makan saman dan kadang kala aku main redah sahaja?. Walau bagaimanapun aku sangat enjoy dan berterima kasih dengan kakak dan abang disitu. Kerana mereka tidak kedekut ilmu untuk berkongi dan akan sedaya upaya menolong kalau aku memerlukan tunjuk ajar.
Aku belajar macam mana untuk membuat minit mesyuarat dan semalam banyak kesalahan ejaan yang aku buat. Malu memang malu tapi aku perlu berfikiran positive sebab itu adalah salah satu pelajaran yang aku dapat. Perenggan dibawah adalah salah satu perenggan yang kak ain tegur tentang kesalahan perkataan.
“Sekalung ucapan tahniah ditujukan kepada tiga (3) orang kakitangan yang telah dinaikkan pangkat dan diserapkan sebagai pekerja tetap. Mereka telah jayanya menghadiri kursus induksi yang diadakkan di Cherating, Pahang semalam lima (5) hari.”
Sila amati perenggan di atas dan gelak dalam selimut. Untuk memastikan anda tidak tersedak pastikan anda tidak minum air semasa membaca.
Apa yang aku rasa frust aku tak dapat bersama-sama menjadi urus setia temasyar sukan mini olimpik dan aku sangat2 berterima kasih pada mereka semua kerana banyak mengajar aku dan aku belajar secara langsung dan tidak langsung.
TERIMA KASIH SIFU!!!
*************
Hari ini abang Lan kahwin dan aku berterima kasih pada abang aku kerana sama-sama pergi memeriahkan majlis. Lagi pun pengantin perempuan dulu kenalan lama abang aku masa dia berkerja di sini (MSN).
Semasa kami (aku, kak wan dan umi) tunggu abang aku di depan CASA 1, tiba-tiba abang aku berenti di sebelah Produa Rusa. Abang aku tolong jumped battery kereta tersebut. Jadi aku harap soalan abang Daus terjawab. Selepas majlis abang Lan, kami sekeluarga bergerak ke Taman Koperasi Polis untuk menghadiri satu lagi majlis perkahwinan kawan kakak Ipar aku. Semasa dalam perjalanan kak wan terperasan ada seseorang pengsan di tepi jalan sebelum astro. Dia HIPO, kekurangan gula. Mujur ada dua orang cina yang perihati dan abang aku menolong mereka mengangkat orang yang pengsan itu, tapi yang aku ralat service kecemasan di MALAYSIA. Sangat memalukan, salah seorang daripada lelaki berbangsa cina tadi menelefon 991 untuk meminta bantuan Ambulans tapi operator yang menjawab panggilan telefon itu boleh pula Tanya Astro kat mana? Sri Kembangan kawasan mana? Adakah aku ketinggalan? Astro ada buat cawangan lain ker? Sri kembangan kat Amerika Syarikat ke? Biarkan lah.
Abang aku terpaksa meminta diri dahulu kerana kami ingin meneruskan perjalanan kami ke majlis perkahwinan kawan mereka. dan aku penat untuk menaip dan menceritakan peristiwa yang berlaku hari ini. Jadi harap enjoy gambar2 yang aku upload….
p/s: penat betul kl kita kena guna ayat yang betul…. Nampak sangat aku dah lupa bahasa kembangsaan… asyik fikir nak betulkan bahasa Inggeris aku.
0 comments:
Post a Comment