BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

About Me

My photo
ALLAH Menguji Keikhlasan Bile bersendirian, ALLAH memberi Kedewasaan Bile ada Masalah, ALLAH Melatih Kesabaran DALAM Kesakitan, ALLAH tak PERNAH Mengambil Sesuatu YaNg kItE sAyAnG kEcUaLi denGaN mEnGanTikAn YanG lEbIh BaiK uNtUk KiTe...
Showing posts with label humble. Show all posts
Showing posts with label humble. Show all posts

Friday

PESANAN UNTUK SAHABATKU YANG TERCINTA...


Assalamualaikum sahabatku....

Jika suatu hari nanti
kalian
mendengar berita akan
kematianku;

Pintaku... Janganlah kalian tangisi
redhakanlah pemergianku;

Jangan kalian ratapi,
tapi
sedekahkanlah daku
sebaris
ayat suci AL- QURAN;

Jangan kalian kesalkan lepaskan
kenangan daku
bersama kalian...;

Ingat daku dalam doa kalian
tetapi...
jika
kenanganku menyeksakan
jiwa
dan kewarasan kalian;

Lupakan daku,
biar kenangan
itu berlalu,
bersama pemergianku;


Sesungguhnya daku
amat mencintai
dan menyayangi kalian...

Sesungguhnya kalian peneman
suka dan dukaku...;

Semoga Allah tetap jodohkan
kita diakhirat kelak;

Kerana harapanku,
semoga
persahabatan
kita kekal abadi
hingga
ke syurga yang hakiki.... ;


nukilan sepi -xaie-

Wednesday

Dah Lama Sangat nih!!!

assalam....

dah lama aku tak melihat dan mengup date blog yang sunyi sepi ini. last week aku terbaca tips di blog Hanis macam mana nak improve tarikan pada blog kite.

aku tak nak mengulas lanjut sangat pasal tips tu... memang bagus dan sangat menafaat. ape yang aku membuatkan aku tergerak sangat hati nak up date blog ni coz tetiba rindu sangat nak bersama-sama pulut2 dan itik serati didalam satu bilik dah baring di atas 4 buah katil.

rindu dekat mantan roomate aku mis Pulut pagi, kat kawan aku yang sangat prihatin Mis Pulut Hitam walaupun die putih melepak daripada aku yang layak di panggil pulut hitam ni. windu dekat pulut kuning, sebab die rakan lepak yang setia (kadang2) and pada itik serati yang tak tahan geli bile aku geletek lutut die. rindu kat korang dan aku pun pulut gak... pulut kuning kasi nama kat aku pulut panggang.

yang aku rasa terkilan sebab tak dapat meluangkan masa dengan rakan baik aku Ann... tak pe la die busy kot. masa balik kuantan hari tu aku dah tengok result aku. Alhamdulillah... Amin, termakbul doa pulut kuning.....

aku harap sangat rayuan aku nak sambung ijazah di terima... ye la result tak seberapa.... huhu, kuat main dak ni.

******************

hari ni (1 Julai 09) salah seorang jiran aku meninggal dunia, accident pagi tadi. tapi alhamdulillah die tak tinggal anak2 dia kosong... anak dia semua lepasan unversity... insyaAllah terjamin nasib balu arwah.

abg Z baru balik Langkawi... die belikan DAIM tok aku... huhu, aku gurau jer, tapi dapat gak... huhu TERIMA KASIH ABANG ZIDANE.

aku suke bace blog kawan Arwah Amar, that we call friendship atas ikatan ukwah.... selalu aku dengar orang sebut Ukwah Filla Abadan Abada.... kita tau sebut jer tapi tak tahu makna die.... kalau boleh aku nak akhiri persahabatan aku dengan geng PULUT AND ITIK SERATI sampai AKHIRAT and semua kawan-kawan aku yang lain....

kita nak berkawan, mulakan sesuatu friendship lama and susah tapi kita nak musnahkan dia sangat senag, cukup dengan sepatah fithnah yang disebarkan. Ya Allah bahayanya fithnak ni... aku baru habiskan baca buku ni. sangat best and banyak ilmu yang boleh di Aplikasikan dalam hidup kita...


kalau orang tengok aku luaran confirm depa tak caya aku layan novel2 macam ni...


so dont judge people with it cover... aku suka baca novel2 tulisan daripada FATIMAH SYARHA MOHD.NOORDIN, sebab banyak sangat ilmu yang kita tak tahu jadi tahu.

apa lagi yang aku nak tulis ea????? oho tadi Ustaz Hasnol cakap soh mencanggihkan lagi blog aku.... InsyaAllah, nanti aku cuba. musti cari the best teacher before teach someone else ni... jadi, kat sini jer la ae.... BUIBUI and Assalamualaikum.

Tuesday

Heells and Romzi

heelsssss....... sjak aku praktikal kt cni r aku dah mule bljr b'sggh2. hehe bljr pki heels... b4 ni aku p claz aku de gak pakai heels, tp percye la aku wat cm pakai sendal... x de dek nyer nak lemah gemalai mcm apek p saloon.




so ble dah praktikal kat MSN Bkt jalil bkn bukit berembun o bukit sukan... sespe de ckp BUKIT JALIL 2 ade lah BUKIT SUKAN, aku confirm die tak mengenal hurup... ade ke BUKIT JALIL di sebut BUKIT SUKAN. k kte sambung cerite... kasut heels aku tu aku beli mse sem 1 i2 pon ble aku pikir smpai bile aku nak berlagak macam tomboy....



and ble kat cni aku pon belajar r pakai.... seinci, 2 inci and 3 inci. walaupn sakit tapi aku diam jer.... kte nak bljr... and semalm dgn kasut heels aku 2 r aku tendang keta de makcik ni....

ari ni aku pakai yg 2 inci, aku hmpr2 nak JATUH!!! huhu sib baik tak jatuh. kl jatuh sah2 macam nangka busuk!!! huhuhu. kt cni de 2 owg dak praktikal pompuan dr UNISEL, sowg laki... yg pompuan tu selamber jer pakai kasut 3 inci... pergh, x terase nk jth ker?

aku pakai 2 inci pon cam nak jth... cm ne si Hasni Zalikha tu leh pakai kasut berinci2.... fuhh salute la kl owg yg leh pakai heelsss yg tinggi ni. coz owg kte heels ni melambangkan keyakinan kite... so aku still x yakin tok pakai heelss.

**********************

k tinggalkan pasal heels, hurm cmne nak mule ea? cm ni td aku p makan, pas tu terserempak r dgn atlet perlayaran ni, die dok lepak sekali and Umi de berdiskusi dgn die...

umi (u) : romzi ble smpi?
romzi (r) : semalam umi, umi sihat?
u: sihat, ade game ker?
r: a'ah... balik dr singapore.. de game...
u: dpt num bpe?
r: 2


and blah2... pastu romzi pon minta mengundurkan diri, and die cakap nak p kubur mak, b4 die p kubur die smpt ngusik2 ust Hidayah and mse btol2 die nak balik tu die cakap la,

R: k r, sy nak p kubur dlu... Mak sy dah menunggu.



kl owg lain dgr confirm dpa igt Romzi tu dah nak meniggalkan alam semesta ni.... hurm, aku salute die even die yatim piatu, tp semangat die kuat nak teruskan hidup... siap mengharumkan nama malaysia lagi.... BerUsAhaX100 ROMZI...

Monday

Senyum....SmiLe

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.

Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.

Rupa mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.

Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.


hurm.... renung2 kan lah.... aku pon kekdg mke x senyum. so wanie belajar senyum..... SMILE....


Lylipie

Lilypie Lilypie